[+/-] Cadangan untuk semua warga lepasan TIKL

Written by Unknown | 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin page ini kerana memberi ruang kepada kami untuk bersama-sama berkumpul meluahkan persaan bangga dan cinta pada TIKL. Syabas saya ucapkan kepada para admin.

Saya sebenarnya ingin menarik minat semua para lepasan TIKL untuk bersama-sama kita memikirkan idea jangka masa panjang untuk kebaikan alma meter kita, TIKL dan juga Persatuan Bekas Pelajar TIKL. Bagi saya, tibalah masa untuk kita memikirkan bagaimana untuk menzahirkan sebuah persatuan bekas pelajar atau alumni yang lebih kuat dan berpengaruh.

Tidak dinafikan, kita mempunyai sebuah Alumni tetapi saya merasakan masih belum cukup aktif sepenuhnya. Pabila kita meyebut mengenai alumni, pasti terlintas dalam minda kita alumni sekolah yang berpengaruh seperti MACOBA, VIOBA, SJIOBA dan STAROBA. Kita perlu jadikan persatuan bekas pelajar yg berpengaruh ini sebagai benchmarking kepada kemajuan Alumtek TIKL. Kita perlu mengambil langkah awal dengan mendaftarkan pertubuhan alumni kita dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan mengumpul dana sendiri.

Sekolah kita bakal mencapai usia 100 tahun pada tahun 2026 yakni kira-kira 17 tahun lagi. Oleh itu, inilah masa yang sesuai untuk kita mengambil beberapa lagi tapak kehadapan untuk memajukan alumtek TIKL.

Saya juga memuji tindakan team Alumtek TIKL yang kini kerap turun padang bersama-sama warga sekolah dan pengajar TIKL sekarang. Acara seperti Career Talk adalah salah satu kejayaan terbesar team Alumtek TIKL . Syabas saya ucapkan, dan diharap agar Team Alumtek TIKL dapat meneruskan agenda murni ini.

Seterusnya, saya merasakan bahawa laman web Alumtek TIKL kurang berfungsi dan lambat dikemas kini. Ini mengakibatkan ramai lepasan TIKL lebih gemar memilih untuk online dalam facebook mahupun myspace. Oleh yang demikian, saya mencadangkan bahawa laman web Alumtek TIKL diadakan dengan konsep terbuka, dimana kami sebagai lepasan TIKL tidak perlu log in dan lebih bersifat santai seperti facebook. Mungkin pihak admin Alumtek TIKL boleh mengkaji format-format laman web Alumni yang popular seperti VIOBA dan juga MACOBA.

Akhir sekali, pihak Alumtek TIKL perlu mengeluarkan borang keahlian bekas pelajar kepada semua lepasan TIKL yang berjaya dihubungi dan senantiasa dikemas kini maklumatnya. Aktiviti juga perlu digerakkan agar persatuan ini tidak nampak suram. Team Alumtek juga boleh turun padang semasa hari-hari terakhir persekolahan agar dapat mempromosi Alumtek TIKL supaya ianya diketahui oleh pelajar-pelajar TIKL. Usaha sama ini boleh dijalankan bersama pihak sekolah.

Harapan saya agar Alumtek TIKL bertambah maju dan berjaya menepati objektifnya untuk mengumpulkan kembali bekas pelajar TIKl yang lama terpisah. Saya menyatakan pendirian saya menyokong segala usaha yang memanfaatkan Alumtek TIKL dan pihak sekolah sendiri. Kita patut sedar bahawa sebuah sekolah yang cemerlang mempunyai sebuah persatuan bekas pelajar yang hebat. Ini memang telah dibuktikan melalui budaya sekolah-sekolah elit di negara kita dan antarabangsa amnya.

Terima kasih dan mohon mencadang, viva TIKL.

Ikhlas,
Idham Mahdi

Page TIKL di Facebook:
1. Technical Institute of Kuala Lumpur APEX-TECH
2. Technical Institute of Kuala Lumpur ALUMTEK
3. Alumtek TIKL

Laman web Alumtek TIKL: http://www.alumtek.net/v1/

Apex-Tech Community 07/08 Alumni TIKL: http://apex-tech.via.my/

[+/-] Button Apex-Tech Untuk Blog Anda

Written by Biskoot | 2 comments

Salam. Sudah sekian lama, kini pihak admin mengeluarkan button blog Apex-Tech yang bertujuan menyebarkan kewujudan tentang blog ini kepada orang ramai. Berikut adalah cara untuk memasang button ini di blog ataupun di laman web sosial seperti myspace, facebook dan lain-lain:



Copy keseluruhan kod html ini dan pastekan pada widget html blog anda,
<center><a href='http://apex-tech.darkbb.com' target='_blank'><img width='160' height='50' alt='apex-tech community' src='http://i652.photobucket.com/albums/uu241/admin_apextech/buttonblog.gif' border='0'></a></center>
Baru-baru ini Apex-Tech kurang aktif dan menyerlah kerana semua admin masing-masing sibuk dengan kehidupan yang baru di universiti, politeknik, matrikulasi dan kolej. Apa yang kami harapkan daripada semua ahli Apex-Tech dan juga pelajar SMTKL 07/08 agar terus menyokong kami dalam menjayakan projek ini. Sekian.

[+/-] Karnival SMTKL Bersama Komuniti 2009

Written by Mira Edora | 0 comments

FUNWALK SMTKL
Tarikh : 23 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat : SM Teknik Kuala Lumpur
Aktiviti :
- Senamrobik
-Abseiling
-Fun Walk
-Pameran
-Kawad Kaki
-Gerai Jualan
-Paintball
-Pemeriksaan Kesihatan Percuma
-Jualan Buku

Acara bermula 7.00 pagi (Fun Walk)
Student TIKL - RM3
Terbuka - RM5
Semua dijemput hadir
Datanglah beramai-ramai.

[+/-] Keputusan UPU Terkini *UPDATE 1/5/09*

Written by Biskoot | 0 comments

Keputusan UPU
Tarikh: 1 Mei 2009
Semakan: https://upu.mohe.gov.my/semakspm/index.php
Salam kepada semua bekas pelajar SMTKL batch 2007/2008. Kami telah dimaklumkan bahawa keputusan UPU telah ditukarkan tarikh pada 1 Mei 2009 (Jumaat). Berita mengenai pertukaran tarikh ini telah dimaklumkan oleh Safuan a.k.a Penyapu Sepi. Kami akan memaklumkan update tentang cara-cara untuk menyemak keputusan pada hari Jumaat ini. Akhir kata, kami dari pihak admin ingin mengucapkan selamat berjaya dalam menjejakkan diri ke alam pengajian tinggi. Semoga kamu dapat menyumbang jasa kepada blog dan forum Apex-Tech pada masa hadapan. Bertugas Hidup Berjasa.

[+/-] Panggilan ke Matrikulasi Sesi 2009

Written by dahlia | 3 comments

Keputusan semakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi boleh dibuat bermula,

17 April 2009, Jumaat.

Keputusan boleh disemak melalui tiga cara :

1) Layari laman sesawang - www.moe.gov.my

2) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  • Taip MOE<jarak-space>MAT<jarak-space>No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888
  • Cth: MOE MAT 911024146045
3) Telefon ke nombor 03 8884 4100

[+/-] Shine Like A Star

Written by El Soraya | 0 comments

At the end of the month of March, some of our students and Apex-Tech comittees were having a wonderful gathering at Melia Hotel. Eventhough it's not what everybody expected, but the representative were having so much fun during the day. The guests arrived at 11:00 am. Everybody dressed so well just according to the theme, Shine Like A Star. Everybody look so fabulous. After everyone had arrived, we started with some delicious meals that the hotel served. It really worth at all.

At first , it was a plain party because everyone seems to be in formal attitude. Maybe they were in an awkward situation perhaps. But then, there's a band called SIMFONI performed on the stage, everybody started to enjoying themselves. Later the situation was getting havoc when everyone start to shooting someone using a spray string can.

Then there's a short break at 1:00 pm where everyone went to perform solat and other stuff.
At 2:00pm, we managed to play some games that the party committees had planned. The first game was Truth or Dare. The rule is simple : one must pick either truth or dare. If he/she picks truth, then he/she must answer as honest as possible when the announcer asked a question. It's quite a game actually. But some of the participants run off. Maybe they were scared if telling their deepest, darkest secrets revealed.

Later we have Musical Chair. Even though it's seems like some childish game, but we really enjoying it. It was fun and chaos! Alya was the one who incharged with the music. Everytime the song stopped, everyone shrieking and pushing each other to get the chair. And we end up laughing about it. It was really a fun game .

After that, THE RETRAL'S, Faiq's band were about to perform. At that time everybody was really energetic. Some of us just sat and enjoy their performance and sang along with the band. Then Amir Rasyid aka Shot performed. He sang a song along with Faiq's band. Everybody give a big applaud after he sang. They were very supportive.

Before we end our event, there's a gift ceremony for the winners that have won the games that we played earlier. The first game was Truth or Dare and the winner was Farid. He won because he gave the most honest answer when we throw a really hard and personal question. And then there's the musical chair. The winner was Mira Edora. She won competing with Shot, who really wanted to win the game. It was really a thrilled at the end.

Then we have the King and Queen. And the King was Farid (M1) and The Queen was Mira (A2). At 5:00pm sharp, everybody went home happily. Let's hope this event will have it second time in our future. Thanks everyone!

[+/-] Hari Terbuka Petrosains

Written by Biskoot | 0 comments

Salam kepada semua pelajar TIKL dan pengunjung luar. Ingin dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu (28/3) ini, Petrosains (KLCC) akan mengadakan hari terbuka kepada semua pelawat. Kemasukan adalah percuma. Jadi mari kita beramai-ramai pergi kesana untuk mengalami dunia sains dan teknologi.

Tarikh: 28 Mac 2009
Masa: Pagi hingga Petang
Bayaran: FREE

[+/-] Fast and Furious 4

Written by Biskoot | 0 comments

Salam. Ini ada satu pemberitahuan, kepada semua pelajar TIKL 07/08. Bahawasanya pada 8/4 jam 11 pagi akan diadakan tayangan 'Fast and Furious 4' bersama-sama sambil makan-makan di GSC Times Square. Aktiviti kecil-kecilan ini telah dihandle oleh dua jejaka kachak daripada kos mekanikal iaitu Azlan Civil dan Najmuddin Mekez.

Jika anda berminat, sila hubungi mereka di talian 017-6877189 (Lan) dan 017-2376400 (Naj) sebelum 7/4 kerana pada hari tersebut mereka akan mula booking tiket dan membuat pasal di kaunter bayaran. Bayaran dalam lingkungan RM20 termasuk tiket dan makanan (konfem kenyang). Tempat dan masa berkumpul untuk edaran tiket akan diberitahu oleh mereka. Terima kasih. Community is Our Priority.

Tarikh: 8 April 2009
Masa: 11 Pagi
Bayaran : RM20 (Tiket + Makanan)
Booking: Sebelum 6 April 2009
Hubungi: 017-6877189 (Lan) / 017-2376400 (Naj)

[+/-] 12 Mac 2008

Written by Mira Edora | 0 comments

Hari penentuan yang di tunggu-tunggu. Dewan smtkl sesak dengan calon-calon SPM 2008. Hari kita kembali ke sekolah berkumpul semula bersama rakan-rakan seperjuangan, pelbagai reaksi dapat dilihat dan debaran semakin terasa. Ada yang datang bersama kedua ibu bapa, ada juga yang datang bersama rakan-rakan. Semua diminta berkumpul di dalam dewan untuk mendengar sedikit taklimat biasiswa dari kauselor sekolah sementara menunggu ketibaan pengetua untuk mengumumkan rumusan keputusan SPM 2008.

Walaupun gred purata sekolah (GPS) yang disasarkan tidak dapat dicapai namun GPS meningkat dari 3.14% pada tahun lepas ke 3.13% pada tahun ini iaitu sebanyak 0.01%. Manakala matapelajaran Sejarah dan Matematik menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Pengetua SMTKL Tuan Haji Hamsi b. Jamhari dengan sukacitanya mengumumkan 4 orang pelajar terbaik sekolah yang mendapat 10A adalah:

Khairul Azmeer b Azmi
Nursyazlina bt Hamzah
Abdul Wafit b Abdul Aziz
Chiam Chun De

Tahniah diucapkan kepada mereka bagi yang kurang bernasib baik, kegagalan hari ini bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita terus berjaya di masa akan datang. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang ditempuhi. Walau dimana jua kita pergi keeratan persahabatan masih boleh di kekal kan di sini.

apex-tech.via.my : blog
forum.apex-tech.via.my : forum
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

[+/-] Url Baru!

Written by ani arishah | 0 comments

PERHATIAN SEMUA! Blog dan forum apex-tech kini boleh diakses melalui url terbaru iaitu:

apex-tech.via.my: blog
forum.apex-tech.via.my : forum

Url ini lebih pendek dan mudah untuk diingati, sila ubahkan url lama kepada yang baru supaya memudahkan anda untuk mengaksesnya nanti. Untuk pengetahuan anda, url lama masih boleh digunakan lagi.

Bagi mereka-mereka yang belum mendaftarkan diri di blog dan juga forum diharap anda dapatlah berbuat demikian. Ini juga untuk anda semua bagi mengetahui informasi terbaru dan hubungan antara sesama batch 07/08 ini bolehlah dieratkan dan rakan kita akan bertambah.

Tambahan pula, di forum pelbagai kolum sudah ditambah antaranya kolum resipi, sembang-sembang, mp3 share dan berbagai-bagai lagi. Semua user yang berdaftar juga boleh berchatting bersama user yang sedang online di ruangan chatbox.

Untuk pertanyaan lanjut, silalah hubungi admin blog dan forum ini.
Sekian. Terima kasih.
Salam. :)

[+/-] Hari Terbuka UNITEN

Written by dahlia | 4 comments

Kampus Putrajaya
21 Mac - Sabtu
9 am - 5 pm
KM7, Jalan Kajang-Puchong,
43009 Kajang, Selangor.
Aktiviti:
  • Taklimat program
  • Khidmat nasihat dan kaunseling
  • Pameran
  • Lawatan kampus
  • Permohonan online
Program ditawarkan:
  • Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
Istimewa:

Surat tawaran akan dikeluarkan serta merta kepada pemohon yang layak serta memenuhi
syarat-syarat pemilihan. Sila bawa salinan sijil yang disahkan. Diskaun 50% (RM15) wang proses untuk permohonan yang dibuat di sini pada tarikh ini.

[+/-] Persediaan Rohani menjelang Result SPM

Written by Anonymous | 1 comments

Dari Abu Umamah ra, dari Nabi saw sabdanya :

Sesiapa yang pergi ke tempat tidurnya dalam keadaan suci sambil berzikir kepada Allah sehingga dilenakan oleh mengantuk (sehingga tertidur), maka apabila dia terjaga pada suatu ketika daripada waktu malam, lalu memohon daripada Allah sesuatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya apa yang dipintanya.
(Riwayat at-Tirmizi)
Hadis ini turut diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Muaz ra.
Juga diriwayatkan oleh an-Nasai dari Amr bin ‘Abasah ra.

Kepada rakan-rakanku sekalian, sempena menunggu ketibaan keputusan SPM pada bulan Mac ini, admin Apex-Tech dengan rasa tanggungjawabnya mengajak anda-anda sekalian melakukan ibadah Qiamulail atau istilah lainnya bangun malam bagi mendapatkan keredaan Allah seterusnya berdoa agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Marilah kita semua bangun malam melakukan ibadah Qiamulail seperti solat Sunat Hajat, solat Sunat Taubat, solat Sunat Tasbih, solat Sunat Tahajjud dan lain-lain ibadah bagi memperoleh keberkatan daripada Allah S.W.T. Sekiranya anda tidak berkemampuan, dicadangkan agar melakukan solat Sunat Hajat dan solat sunat lain daripada anda tidak melakukan apa-apa langsung. Ataupun anda boleh melakukan solat sunat hajat selepas anda menunaikan solat sunat fardu.

Selain itu anda boleh juga melakukan amal ibadah lain seperti membaca Al-Quran, berpuasa sunat dan ibadah-ibadah yang lain yang dirasa anda perlu. Dalam anda melaksanakan ibadah anda, lakukannya dengan “Q” iaitu mementingkan ‘QUALITY’ BUKAN ‘QUANTITY’.

[+/-] Forum!!

Written by ani arishah | 1 comments

update:
http://forum.apex-tech.via.my
http://apex-tech.darkbb.com


Hai kawan2!! okeh nak bagitau ni,
Kepada sesiapa yang telah pun mendaftar di blog ini, silalah rajin2 kan diri anda mendaftar di forum juga supaya forum batch lebih meriah sama seperti blog ini.

Sekian. :)

[+/-] A Day With Thousand Memories :)

Written by El Soraya | 4 comments

Dear my beloved friends,

Since it's almost 2 months we haven't seen each other, some of our friends out there had planned to make a gathering just for our batch 07/08. The purpose, well obviously is to gather all of our 'long-lost friend' that we haven't seen for such a long time. These are some information about the gathering:

Date & Time : 29th March 2009 | 12 pm till 5 pm
Venue : Melia Hotel (opposite Times Square)
Payment :*RM 70 per head (pay before 20th March) or
Deposit : RM 25 (pay during the Entrepreneurial Day)
*including free gift like t-shirts, photography sessions and some goodie bags .
*flyers? click here!
And for your information, this gathering has its own theme. It's called,

SHINE LIKE THE STAR

So make sure you come to this once-in-a-lifetime gathering and dress based on the given theme . We want it to make simple but glam! It will be a blast if you could come. The more the merrier :)

For enquiries, please contact:
Mrs. Mahani - 017-6249 003
Mr. Hafizi a.k.a Mamu - 017-4194 109

[+/-] The Judgement Day

Written by El Soraya | 0 comments

Based on our school principal, Tuan Haji Hamsi b. Jamhari said that our big day that we have waiting for, that is SPM 2008 Result will be come out on the,

12th March 2009

This short information was given by the principal himself . So this may be true .

So, get ready candidates. Don't stop your prayers to ALLAH s.w.t so that we all can get a better result and can achieve GPS 2.8. InsyaALLAH. :)

[+/-] Karnival Pendidikan MARA 2009

Written by El Soraya | 1 comments

Untuk pengetahuan semua, MARA ada buat satu karnival yang dipanggil Karnival Pendidikan MARA: Jalur Kejayaan Anda. Tujuan dia? Untuk bagi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga STPM pasal pendidikan dan kerjaya.

Nak tau apa lagi yang ada kat sana?,

Info Program Pengajian
Info mengenai program-program pra-u, diploma, ijazah serta profesional daripada institusi-institusi pengajian yang terlibat.

Info Program Latihan Kemahiran
Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan kemahiran.

Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya
Korang boleh dapatkan khidmat kaunseling cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.

Temuduga Terbuka
Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian.

Pinjaman Pelajaran
Ada maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran.

Menarik bukan? Kalau korang nak dapatkan info yang lebih detail lagi, apa kata kita pergi ramai-ramai ke karnival ni. Lagi gempak, lagi seronok. :) Berikut adalah tarikh-tarikh mengikut kawasan yang sewaktu dengannya.

Zon Timur
7 dan 8 Mac 2009 (Sabtu dan Ahad)
10 pagi - 6 petang
Kuantan Parade, Kuantan, Pahang.

Zon Kebangsaan
13 hingga 15 Mac 2009 (Jumaat , Sabtu dan Ahad)
10 pagi - 6 petang
Ruang Legar, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.

Zon Sabah
30 dan 31 Mac 2009 (Isnin dan Selasa)
9 pagi - 5 petang
Dewan Persidangan Wisma SESB Karamuning, Kota Kinabalu, Sabah.

Zon Selatan
11 dan 12 April 2009 (Sabtu dan Ahad)
10 pagi - 6 petang
Melaka Mall, Melaka.

Zon Sarawak
3 dan 4 april 2009 (Jumaat dan Sabtu)
9 pagi - 5 petang
Sarawak Chamber Ballroom, Hotel Riverside Majestic, Kuching , Sarawak.

Zon Utara
15 dan 16 April 2009 (Rabu dan Khamis)
10 pagi - 6 petang
Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Itu sahaja info terbaru setakat ni. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, korang boleh pegi kat laman web http://www.mara.gov.my. Sekian, terima kasih. :D

[+/-] Back to School

Written by El Soraya | 14 comments

Like i said , let's go back to school on the 7 of March 2009 . There will be holding an Entrepreneurial Day (Hari Keusahawanan) on that day . If you guys still love your school , this is the appropriate day to get out from your monotonous day (to those who are still laying your bums at home) and to give excuses to your bosses (to those who are working) ! Come and let's have fun. :)

*any changes will be informed soon . TYVM .

[+/-] Scholarship

Written by ani arishah | 4 comments

Salam.
A website that contain all the scholarship provider in Malaysia has been found.This site is just to assist and help our student to find viable and trustable scholarship offered by public or private sectors.

So feel free to visit http://biasiswa.need-guide.com/

However it hasn't been updated yet BUT you will have some info about certain scholarship here and also you can open the real website for that scholarship by viewing this website.

Thank you. :)

[+/-] Idham : Cadang buat perjumpaan antara Admin Apex-tech

Written by Unknown | 1 comments

10 Feb - Salah seorang admin apex-tech, Wan Muhammad Idham Wan Mahdi mencadangkan bahawa satu perjumpaan antara admin diadakan bagi menerangkan hala tuju dan strategi bagi memantapkan lagi laman blog, apex-tech.

"Erm, kawan-kawan... Saya merasakan adalah perlu untuk kita berjumpa supaya apa yang kita buat selama ini tidak sia-sia seperti mengemudi kapal yang tiada penghujungnya... Oleh itu, kita perlu bersemuka, sama-sama memerah fikiran demi kebaikan apex-tech." ujarnya semasa ditemuramah bersama Radio Katak.

Menurutnya lagi, kebanyakan antara para admin masih tidak kenal antara satu sama lain. Jikalau kenal sekalipun, sekadar hanya kenal muka dan nama. Oleh itu, adalah wajar untuk kita berkenalan lebih rapat supaya sebarang kemungkinan dapat diatasi dengan bijak dan wajar.

Beliau berharap agar cadangan ini diberikan perhatian positif agar langkah seterusnya dapat dikemukakan. Beliau juga ditanya bila perjumpaan itu akan diadakan dan menjawab sekitar bulan Mac ini di sekitar Kuala Lumpur. - Berita Apex-Tech

Older Posts Home

© 2009-2010 - Apex-Tech Community - Powered by Blogger