12 Mac 2008

Written by Mira Edora | 0 comments

Hari penentuan yang di tunggu-tunggu. Dewan smtkl sesak dengan calon-calon SPM 2008. Hari kita kembali ke sekolah berkumpul semula bersama rakan-rakan seperjuangan, pelbagai reaksi dapat dilihat dan debaran semakin terasa. Ada yang datang bersama kedua ibu bapa, ada juga yang datang bersama rakan-rakan. Semua diminta berkumpul di dalam dewan untuk mendengar sedikit taklimat biasiswa dari kauselor sekolah sementara menunggu ketibaan pengetua untuk mengumumkan rumusan keputusan SPM 2008.

Walaupun gred purata sekolah (GPS) yang disasarkan tidak dapat dicapai namun GPS meningkat dari 3.14% pada tahun lepas ke 3.13% pada tahun ini iaitu sebanyak 0.01%. Manakala matapelajaran Sejarah dan Matematik menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Pengetua SMTKL Tuan Haji Hamsi b. Jamhari dengan sukacitanya mengumumkan 4 orang pelajar terbaik sekolah yang mendapat 10A adalah:

Khairul Azmeer b Azmi
Nursyazlina bt Hamzah
Abdul Wafit b Abdul Aziz
Chiam Chun De

Tahniah diucapkan kepada mereka bagi yang kurang bernasib baik, kegagalan hari ini bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita terus berjaya di masa akan datang. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang ditempuhi. Walau dimana jua kita pergi keeratan persahabatan masih boleh di kekal kan di sini.

apex-tech.via.my : blog
forum.apex-tech.via.my : forum
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

0 comments:

Mana-mana komen yang mengandungi hasutan / politik / isu agama / ugutan atau bertentangan dengan budi bicara admin Apex-Tech Community akan dibuang serta merta. Komen dengan menggunakan nama yang sebenar dan jangan lupa untuk klik subscribe by email (bagi pengguna berdaftar). Kerjasama anda amat kami hargai.

© 2009-2010 - Apex-Tech Community - Powered by Blogger