Persediaan Rohani menjelang Result SPM

Written by Anonymous | 1 comments

Dari Abu Umamah ra, dari Nabi saw sabdanya :

Sesiapa yang pergi ke tempat tidurnya dalam keadaan suci sambil berzikir kepada Allah sehingga dilenakan oleh mengantuk (sehingga tertidur), maka apabila dia terjaga pada suatu ketika daripada waktu malam, lalu memohon daripada Allah sesuatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya apa yang dipintanya.
(Riwayat at-Tirmizi)
Hadis ini turut diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Muaz ra.
Juga diriwayatkan oleh an-Nasai dari Amr bin ‘Abasah ra.

Kepada rakan-rakanku sekalian, sempena menunggu ketibaan keputusan SPM pada bulan Mac ini, admin Apex-Tech dengan rasa tanggungjawabnya mengajak anda-anda sekalian melakukan ibadah Qiamulail atau istilah lainnya bangun malam bagi mendapatkan keredaan Allah seterusnya berdoa agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Marilah kita semua bangun malam melakukan ibadah Qiamulail seperti solat Sunat Hajat, solat Sunat Taubat, solat Sunat Tasbih, solat Sunat Tahajjud dan lain-lain ibadah bagi memperoleh keberkatan daripada Allah S.W.T. Sekiranya anda tidak berkemampuan, dicadangkan agar melakukan solat Sunat Hajat dan solat sunat lain daripada anda tidak melakukan apa-apa langsung. Ataupun anda boleh melakukan solat sunat hajat selepas anda menunaikan solat sunat fardu.

Selain itu anda boleh juga melakukan amal ibadah lain seperti membaca Al-Quran, berpuasa sunat dan ibadah-ibadah yang lain yang dirasa anda perlu. Dalam anda melaksanakan ibadah anda, lakukannya dengan “Q” iaitu mementingkan ‘QUALITY’ BUKAN ‘QUANTITY’.

1 comments:

February 19, 2009 at 6:34 PM   dahlia said...

mudah-mudahan
kita semua tergolong
dlm kalangan mereka yg terpilih
seperti di atas
amin....

Mana-mana komen yang mengandungi hasutan / politik / isu agama / ugutan atau bertentangan dengan budi bicara admin Apex-Tech Community akan dibuang serta merta. Komen dengan menggunakan nama yang sebenar dan jangan lupa untuk klik subscribe by email (bagi pengguna berdaftar). Kerjasama anda amat kami hargai.

© 2009-2010 - Apex-Tech Community - Powered by Blogger