Karnival Pendidikan MARA 2009

Written by El Soraya | 1 comments

Untuk pengetahuan semua, MARA ada buat satu karnival yang dipanggil Karnival Pendidikan MARA: Jalur Kejayaan Anda. Tujuan dia? Untuk bagi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga STPM pasal pendidikan dan kerjaya.

Nak tau apa lagi yang ada kat sana?,

Info Program Pengajian
Info mengenai program-program pra-u, diploma, ijazah serta profesional daripada institusi-institusi pengajian yang terlibat.

Info Program Latihan Kemahiran
Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan kemahiran.

Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya
Korang boleh dapatkan khidmat kaunseling cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.

Temuduga Terbuka
Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian.

Pinjaman Pelajaran
Ada maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran.

Menarik bukan? Kalau korang nak dapatkan info yang lebih detail lagi, apa kata kita pergi ramai-ramai ke karnival ni. Lagi gempak, lagi seronok. :) Berikut adalah tarikh-tarikh mengikut kawasan yang sewaktu dengannya.

Zon Timur
7 dan 8 Mac 2009 (Sabtu dan Ahad)
10 pagi - 6 petang
Kuantan Parade, Kuantan, Pahang.

Zon Kebangsaan
13 hingga 15 Mac 2009 (Jumaat , Sabtu dan Ahad)
10 pagi - 6 petang
Ruang Legar, Putra World Trade Center, Kuala Lumpur.

Zon Sabah
30 dan 31 Mac 2009 (Isnin dan Selasa)
9 pagi - 5 petang
Dewan Persidangan Wisma SESB Karamuning, Kota Kinabalu, Sabah.

Zon Selatan
11 dan 12 April 2009 (Sabtu dan Ahad)
10 pagi - 6 petang
Melaka Mall, Melaka.

Zon Sarawak
3 dan 4 april 2009 (Jumaat dan Sabtu)
9 pagi - 5 petang
Sarawak Chamber Ballroom, Hotel Riverside Majestic, Kuching , Sarawak.

Zon Utara
15 dan 16 April 2009 (Rabu dan Khamis)
10 pagi - 6 petang
Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Itu sahaja info terbaru setakat ni. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, korang boleh pegi kat laman web http://www.mara.gov.my. Sekian, terima kasih. :D

1 comments:

February 26, 2009 at 6:56 PM   Admin Apex-Tech said...

weh jom la pergi weh.
kita buat kacau kat situ. hahaha.
jangan2.. aku saje je. hahaa

Mana-mana komen yang mengandungi hasutan / politik / isu agama / ugutan atau bertentangan dengan budi bicara admin Apex-Tech Community akan dibuang serta merta. Komen dengan menggunakan nama yang sebenar dan jangan lupa untuk klik subscribe by email (bagi pengguna berdaftar). Kerjasama anda amat kami hargai.

© 2009-2010 - Apex-Tech Community - Powered by Blogger