Idham : Cadang buat perjumpaan antara Admin Apex-tech

Written by Unknown | 1 comments

10 Feb - Salah seorang admin apex-tech, Wan Muhammad Idham Wan Mahdi mencadangkan bahawa satu perjumpaan antara admin diadakan bagi menerangkan hala tuju dan strategi bagi memantapkan lagi laman blog, apex-tech.

"Erm, kawan-kawan... Saya merasakan adalah perlu untuk kita berjumpa supaya apa yang kita buat selama ini tidak sia-sia seperti mengemudi kapal yang tiada penghujungnya... Oleh itu, kita perlu bersemuka, sama-sama memerah fikiran demi kebaikan apex-tech." ujarnya semasa ditemuramah bersama Radio Katak.

Menurutnya lagi, kebanyakan antara para admin masih tidak kenal antara satu sama lain. Jikalau kenal sekalipun, sekadar hanya kenal muka dan nama. Oleh itu, adalah wajar untuk kita berkenalan lebih rapat supaya sebarang kemungkinan dapat diatasi dengan bijak dan wajar.

Beliau berharap agar cadangan ini diberikan perhatian positif agar langkah seterusnya dapat dikemukakan. Beliau juga ditanya bila perjumpaan itu akan diadakan dan menjawab sekitar bulan Mac ini di sekitar Kuala Lumpur. - Berita Apex-Tech

1 comments:

February 19, 2009 at 6:37 PM   dahlia said...

mari kita pertimbangkan...

Mana-mana komen yang mengandungi hasutan / politik / isu agama / ugutan atau bertentangan dengan budi bicara admin Apex-Tech Community akan dibuang serta merta. Komen dengan menggunakan nama yang sebenar dan jangan lupa untuk klik subscribe by email (bagi pengguna berdaftar). Kerjasama anda amat kami hargai.

© 2009-2010 - Apex-Tech Community - Powered by Blogger