Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur

Written by Biskoot


Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur merupakan sekolah teknik tertua di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1926 sebagai "The Federal Malay State Trade School", namanya ditukar kepada "Junior Technical Trade School". Namanya ditukar sekali lagi kepada "Technical Institute of Kuala Lumpur" mengikut Laporan Razak 1956. Akhirnya pada tahun 1962, kerajaan bersetuju dengan nama sekarang iaitu "Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur" (SMTKL).

Menyediakan Asas Pendidikan Teknikal Yang Berkualiti Kepada Pelajar Untuk Melahirkan Teknokrat Kelas Pertama Selaras Dengan Aspirasi Negara.

SMTKL Di Mercu Kecemerlangan.

SMTKL memberi peluang seluas-luasnya dan berterusan kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi yang sedia ada dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini bertujuan mewujudkan kumpulan pelajar yang dinamik dan berketerampilan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Pendidik Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur bertekad dan berazam untuk memberi pendidikan yang cemerlang, mapan, berketerampilan dengan penuh iltizam selaras dengan matlamat pendidikan negara.

Perkhidmatan yang berkualiti dicapai melalui pemuafakatan, kegigihan, peka, dan responsif terhadap tanggungjawab kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.

© 2009-2010 - Apex-Tech Community - Powered by Blogger