Apex-Tech History

Written by Biskoot

Apex-Tech telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai salah satu wadah menyatukan bekas-bekas pelajar SMTKL tahun 2007/2008 agar sentiasa berdiri utuh menyokong alma meter yang tercinta.

Laman ini bertujuan untuk memberi ruang kepada semua lepasan SMTKL 07/08 saling berkenalan dengan lebih rapat disamping membina satu kelompok bekas pelajar yang sentiasa cintakan sekolah dan sanggup membantu sekolah apabila diperlukan.

Walaupun konsepnya hanya sebagai direktori dan tempat berhubung, Apex-Tech akan berkembang dengan menganjurkan aktivitinya sendiri agar memberi manfaat kepada ahlinya, sekolah dan juga komuniti awam.

Diasaskan oleh tiga pemuda yang berwawasan, Apex-Tech diharap mampu mencapai objektifnya serta senantiasa mendukung prinsip-prinsip yang dipelajari di sekolah pada masa lepas untuk masa hadapan.

© 2009-2010 - Apex-Tech Community - Powered by Blogger