Cadangan untuk semua warga lepasan TIKL

Written by Idham Mahdi | 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin page ini kerana memberi ruang kepada kami untuk bersama-sama berkumpul meluahkan persaan bangga dan cinta pada TIKL. Syabas saya ucapkan kepada para admin.

Saya sebenarnya ingin menarik minat semua para lepasan TIKL untuk bersama-sama kita memikirkan idea jangka masa panjang untuk kebaikan alma meter kita, TIKL dan juga Persatuan Bekas Pelajar TIKL. Bagi saya, tibalah masa untuk kita memikirkan bagaimana untuk menzahirkan sebuah persatuan bekas pelajar atau alumni yang lebih kuat dan berpengaruh.

Tidak dinafikan, kita mempunyai sebuah Alumni tetapi saya merasakan masih belum cukup aktif sepenuhnya. Pabila kita meyebut mengenai alumni, pasti terlintas dalam minda kita alumni sekolah yang berpengaruh seperti MACOBA, VIOBA, SJIOBA dan STAROBA. Kita perlu jadikan persatuan bekas pelajar yg berpengaruh ini sebagai benchmarking kepada kemajuan Alumtek TIKL. Kita perlu mengambil langkah awal dengan mendaftarkan pertubuhan alumni kita dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan mengumpul dana sendiri.

Sekolah kita bakal mencapai usia 100 tahun pada tahun 2026 yakni kira-kira 17 tahun lagi. Oleh itu, inilah masa yang sesuai untuk kita mengambil beberapa lagi tapak kehadapan untuk memajukan alumtek TIKL.

Saya juga memuji tindakan team Alumtek TIKL yang kini kerap turun padang bersama-sama warga sekolah dan pengajar TIKL sekarang. Acara seperti Career Talk adalah salah satu kejayaan terbesar team Alumtek TIKL . Syabas saya ucapkan, dan diharap agar Team Alumtek TIKL dapat meneruskan agenda murni ini.

Seterusnya, saya merasakan bahawa laman web Alumtek TIKL kurang berfungsi dan lambat dikemas kini. Ini mengakibatkan ramai lepasan TIKL lebih gemar memilih untuk online dalam facebook mahupun myspace. Oleh yang demikian, saya mencadangkan bahawa laman web Alumtek TIKL diadakan dengan konsep terbuka, dimana kami sebagai lepasan TIKL tidak perlu log in dan lebih bersifat santai seperti facebook. Mungkin pihak admin Alumtek TIKL boleh mengkaji format-format laman web Alumni yang popular seperti VIOBA dan juga MACOBA.

Akhir sekali, pihak Alumtek TIKL perlu mengeluarkan borang keahlian bekas pelajar kepada semua lepasan TIKL yang berjaya dihubungi dan senantiasa dikemas kini maklumatnya. Aktiviti juga perlu digerakkan agar persatuan ini tidak nampak suram. Team Alumtek juga boleh turun padang semasa hari-hari terakhir persekolahan agar dapat mempromosi Alumtek TIKL supaya ianya diketahui oleh pelajar-pelajar TIKL. Usaha sama ini boleh dijalankan bersama pihak sekolah.

Harapan saya agar Alumtek TIKL bertambah maju dan berjaya menepati objektifnya untuk mengumpulkan kembali bekas pelajar TIKl yang lama terpisah. Saya menyatakan pendirian saya menyokong segala usaha yang memanfaatkan Alumtek TIKL dan pihak sekolah sendiri. Kita patut sedar bahawa sebuah sekolah yang cemerlang mempunyai sebuah persatuan bekas pelajar yang hebat. Ini memang telah dibuktikan melalui budaya sekolah-sekolah elit di negara kita dan antarabangsa amnya.

Terima kasih dan mohon mencadang, viva TIKL.

Ikhlas,
Idham Mahdi

Page TIKL di Facebook:
1. Technical Institute of Kuala Lumpur APEX-TECH
2. Technical Institute of Kuala Lumpur ALUMTEK
3. Alumtek TIKL

Laman web Alumtek TIKL: http://www.alumtek.net/v1/

Apex-Tech Community 07/08 Alumni TIKL: http://apex-tech.via.my/

Read More...

Button Apex-Tech Untuk Blog Anda

Written by Biskoot | 2 comments

Salam. Sudah sekian lama, kini pihak admin mengeluarkan button blog Apex-Tech yang bertujuan menyebarkan kewujudan tentang blog ini kepada orang ramai. Berikut adalah cara untuk memasang button ini di blog ataupun di laman web sosial seperti myspace, facebook dan lain-lain:



Copy keseluruhan kod html ini dan pastekan pada widget html blog anda,
<center><a href='http://apex-tech.darkbb.com' target='_blank'><img width='160' height='50' alt='apex-tech community' src='http://i652.photobucket.com/albums/uu241/admin_apextech/buttonblog.gif' border='0'></a></center>
Baru-baru ini Apex-Tech kurang aktif dan menyerlah kerana semua admin masing-masing sibuk dengan kehidupan yang baru di universiti, politeknik, matrikulasi dan kolej. Apa yang kami harapkan daripada semua ahli Apex-Tech dan juga pelajar SMTKL 07/08 agar terus menyokong kami dalam menjayakan projek ini. Sekian.

Read More...

Karnival SMTKL Bersama Komuniti 2009

Written by Mira Edora | 0 comments

FUNWALK SMTKL
Tarikh : 23 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat : SM Teknik Kuala Lumpur
Aktiviti :
- Senamrobik
-Abseiling
-Fun Walk
-Pameran
-Kawad Kaki
-Gerai Jualan
-Paintball
-Pemeriksaan Kesihatan Percuma
-Jualan Buku

Acara bermula 7.00 pagi (Fun Walk)
Student TIKL - RM3
Terbuka - RM5
Semua dijemput hadir
Datanglah beramai-ramai.

Read More...

Keputusan UPU Terkini *UPDATE 1/5/09*

Written by Biskoot | 0 comments

Keputusan UPU
Tarikh: 1 Mei 2009
Semakan: https://upu.mohe.gov.my/semakspm/index.php
Salam kepada semua bekas pelajar SMTKL batch 2007/2008. Kami telah dimaklumkan bahawa keputusan UPU telah ditukarkan tarikh pada 1 Mei 2009 (Jumaat). Berita mengenai pertukaran tarikh ini telah dimaklumkan oleh Safuan a.k.a Penyapu Sepi. Kami akan memaklumkan update tentang cara-cara untuk menyemak keputusan pada hari Jumaat ini. Akhir kata, kami dari pihak admin ingin mengucapkan selamat berjaya dalam menjejakkan diri ke alam pengajian tinggi. Semoga kamu dapat menyumbang jasa kepada blog dan forum Apex-Tech pada masa hadapan. Bertugas Hidup Berjasa.

Read More...

Panggilan ke Matrikulasi Sesi 2009

Written by dahlia | 3 comments

Keputusan semakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi boleh dibuat bermula,

17 April 2009, Jumaat.

Keputusan boleh disemak melalui tiga cara :

1) Layari laman sesawang - www.moe.gov.my

2) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
  • Taip MOE<jarak-space>MAT<jarak-space>No KP(tanpa ada tanda sempang) dan hantar kepada 15888
  • Cth: MOE MAT 911024146045
3) Telefon ke nombor 03 8884 4100

Read More...

Shine Like A Star

Written by El Soraya | 0 comments

At the end of the month of March, some of our students and Apex-Tech comittees were having a wonderful gathering at Melia Hotel. Eventhough it's not what everybody expected, but the representative were having so much fun during the day. The guests arrived at 11:00 am. Everybody dressed so well just according to the theme, Shine Like A Star. Everybody look so fabulous. After everyone had arrived, we started with some delicious meals that the hotel served. It really worth at all.

At first , it was a plain party because everyone seems to be in formal attitude. Maybe they were in an awkward situation perhaps. But then, there's a band called SIMFONI performed on the stage, everybody started to enjoying themselves. Later the situation was getting havoc when everyone start to shooting someone using a spray string can.

Then there's a short break at 1:00 pm where everyone went to perform solat and other stuff.
At 2:00pm, we managed to play some games that the party committees had planned. The first game was Truth or Dare. The rule is simple : one must pick either truth or dare. If he/she picks truth, then he/she must answer as honest as possible when the announcer asked a question. It's quite a game actually. But some of the participants run off. Maybe they were scared if telling their deepest, darkest secrets revealed.

Later we have Musical Chair. Even though it's seems like some childish game, but we really enjoying it. It was fun and chaos! Alya was the one who incharged with the music. Everytime the song stopped, everyone shrieking and pushing each other to get the chair. And we end up laughing about it. It was really a fun game .

After that, THE RETRAL'S, Faiq's band were about to perform. At that time everybody was really energetic. Some of us just sat and enjoy their performance and sang along with the band. Then Amir Rasyid aka Shot performed. He sang a song along with Faiq's band. Everybody give a big applaud after he sang. They were very supportive.

Before we end our event, there's a gift ceremony for the winners that have won the games that we played earlier. The first game was Truth or Dare and the winner was Farid. He won because he gave the most honest answer when we throw a really hard and personal question. And then there's the musical chair. The winner was Mira Edora. She won competing with Shot, who really wanted to win the game. It was really a thrilled at the end.

Then we have the King and Queen. And the King was Farid (M1) and The Queen was Mira (A2). At 5:00pm sharp, everybody went home happily. Let's hope this event will have it second time in our future. Thanks everyone!

Read More...

Hari Terbuka Petrosains

Written by Biskoot | 0 comments

Salam kepada semua pelajar TIKL dan pengunjung luar. Ingin dimaklumkan bahawa pada hari Sabtu (28/3) ini, Petrosains (KLCC) akan mengadakan hari terbuka kepada semua pelawat. Kemasukan adalah percuma. Jadi mari kita beramai-ramai pergi kesana untuk mengalami dunia sains dan teknologi.

Tarikh: 28 Mac 2009
Masa: Pagi hingga Petang
Bayaran: FREE

Read More...

Older Posts

© 2009-2010 - Apex-Tech Community - Powered by Blogger